Alhamdulillah...masih dipanjang kan umur saya untuk menikmati hidup di muka bumi Allah swt ini..Rasanya lama dah saya tidak mengupdate blog saya ini..ramai yang sedia maklum saya telah berhenti kerja demi memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengajian Master saya..apa yang saya boleh kata kan dunia master saya sangat susah..setiap hari saya berdoa semoga Allah swt memberikan saya kekuatan untuk terus mengagahkan diri saya demi memenuhi impian kedua orang tua saya yang ingin melihat saya mengikuti jejak langkah abah saya sebagai pensyarah..mereka terlalu ingin melihat saya menjadi seorang pendidik dan itulah juga sebenarnya impian saya kerana saya yakin dengan kemampuan dan bakat saya..saya bukan lah jenis orang yang berkira dalam berkongsi ilmu..saya senang berkongsi ilmu yang saya miliki dengan siapa sahaja kerana saya yakin ilmu perlu diwarisi...Alhamdulillah berkat doa dan semangat yang diberikan oleh semua pihak,akhirnya saya berjaya memakai selempang merah jambu itu di hari konvokesyen saya baru2 ini..saya berasa sangat sedih,terharu,gembira,bangga dan cukup bersyukur apabila nama saya dibacakan : PENERIMA ANUGERAH NAIB CANSELOR IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEPUJIAN) (PEMASARAN)..NURUL ASHYKIN BINTI ABD AZIZ..KELAS PERTAMA..Ya Allah apa yang saya boleh katakan hanya syukur yang amat sangat2..saya agak sedih tanpa kehadiran kedua ibu bapa saya kerana mereka menunaikan fardhu haji sehari sebelum saya berkonvo..sedih pilu tapi saya tidak mahu menunjukkan kesedihan itu kerana saya yakin mereka sentiasa mendokan kejayaan saya..Saya terlalu menyayangi kedua ibu bapa saya,tanpa mereka siapalah diri saya ini..hari ini merupakan tahun baru maal hijrah..tahun baru dalam kalendar islam..azam saya untuk tahun baru ini,saya berazam untuk meningkatkan amal ibadat saya dan saya juga berazam untuk belajar dengan lebih bersungguh2..Insyallah.. :)
Penerima Anugerah Naib Canselor Tunggal BBA (Hons) (Marketing) UiTM Johor
My TWIN....my SPIRIT :)
Vice Chancellor Award
No comments:
Post a Comment