I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, August 21, 2011

Nurul Ashykin yang Sekarang!!!

Assalamualaikum w.b.t....

Rasanya sudah berbulan-bulan lamanya saya tidak mengupdate blog saya ini...terlalu sibuk dengan kerja dan sebagainya...tambahan lagi di rumah Shah Alam saya pun tidak ada internet.....Alhamdulillah...inilah kata2 yang saya boleh nyatakan dengan kegembiraan saya berjaya menamatkan ijazah saya dengan kelas pertama kepujian dan saya merupakan pelajar tunggal dari UiTM Johor yang berjaya memakai selempang Anugerah Naib Canselor di hari konvokesyen saya kelak bulan hadapan..secara jujurnya saya tidak menyukai zaman universiti saya kerana saya selalu merasakan orang hanya mengambil kesempatan di atas kebaikan dan kelebihan yang saya ada....tetapi apabila saya telah tamat saya tidak mahu lagi mengingati mereka yang sering menyakitkan saya kerana dalam hati saya,saya rindukan buku2 dan pensyarah2 saya...saya berasa sangat terkilan kerana buku yang saya jaga dengan baik selama ini telah dirosakkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab..saya tidak mahu lagi bersahabat dengannya kerana kebaikan yang saya dan keluarga beri kepadanya,hanya lah keburukan yang dibalasnya...Saya tidak pernah mengaharapkan apa2 dari dirinya hanyalah sekadar dia meringankan beban saya ttp tiada apa2....tak pe lah...saya hilang seorang tetapi saya ade ramai lagi orang bersama saya..Kini saya telah pun bekerja di NAZA sebagai executive dan dalam masa yang sama saya melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana....Alhamdulillah...saya masih single sampai ke hari ini..bkn saya tidak mahu memberi peluang kepada org lain tapi saya merasakan biarlah saya capai cita2 saya dahulu kerana ianya akan datang dengan sendirinya..saya masih rindukan Mashi Maro saya..jika ada,adalah....Insyallah...doakan saya terus kekal cemerlang dan berjaya dalam Sarjana saya..Insyallah....sekarang saya mampu menyara hidup sendiri,menyara adik2 saya dan mampu memberi wang bulanan kepada mak abah saya...Alhamdullilah...Jaga Allah dihatimu maka Allah akan menjagamu selalu...:)