Assalamualaikum wbt
Syukur Alhamdulillah kerana masih dipanjangkan umur saya pada hari ini...Entri kali ne berkisar "Risau kadang2 terasa seram di rumah sendiri..Jujur dari hati mengatakan sejak akhir2 ne bila Kak Anie (cousin) saya tidak lagi tidur di bilik belakang rumah kami,saya mula merasa seram.Actually 2 minggu lepas kak anie tumpang di rumah kami kerana dia baru pindah dari Muar ke Shah Alam,dia baru dapat kerja Jurunilai kat Klang tapi dia belum dapat rumah sewa lagi.Di rumah Shah Alam kami ada 3 bilik,bilik tidur utama,bilik tengah dan bilik belakang serta 2 bathroom.Bilik tidur utama adalah bilik saya dan kembar,kami memang jarang tido dalam bilik tu sebab kami berdua suka tido di ruang tamu melainkan kami akan tido di dalam bilik jika ada orang atau ahli keluarga yang datang.Bilik tengah pulak kami jadikan sebagai stor pakaian dan stor menyimpan perkakas memandangkan struktur bilik tu yang agak gelak,berbumbung tinggi dan cat dindingnya berwarna merah.Actually budak kilang yang pernah menyewa sebelum ne yang mengecat dinding tu warna merah...Saya memang xberkenan...huhu..Nak dijadikan cerita lately ne sy kerap terjaga di tengah malam walaupun hakikatnya saya seorang yang tido mati.Saya xtau kenapa sejak akhir2 ne saya merasa seram di dalam rumah sendiri...Kami memang tinggal berdua sejak berpindah ke Shah Alam..walaupun siang hari saya merasa seram setiap kali saya ke bilik tengah untuk mengambil atau menyidai pakaian..Saya jarang sembahyang di bilik belakang akhir2 ne sebab sy mula sembahyang di bilik hadapan..bilik belakang kami jadikan bilik tetamu dan kami masih jadikan ia bilik untuk iron baju...Saya memang xpernah nampak la tapi naluri saya sering berasa seram...dan bila berjaga di tengah malam hendak ke toilet..Ya Allah saya selalu beristighfar banyak2..sebelum tido saya baca doa,ayatul kursi...kami baca Yassin...Jika benar ada,kami mohon semoga Allah swt sentiasa memberi perlindungan pada saya dan kembar...kami makhluk Allah dan dia juga makhluk Allah...kita kena takutkan ALLAH SWT lebih dari segalanya di dunia ini...Sebelum ne sahabat kami Ija selalu xtenang dan diganggu tapi tu sebab hal keluarganya,ada seseorang yang mendengkinya...tapi kami xde musuh dan hubungan kami dengan semua orang tiada masalah tapi kita sebagai manusia xlari dari kesalahan..kita xtau niat dan pandangan orang pada kita..walau ape pun sy dan kembar akan tetapkan kuatkan iman kami,bersembahyang dan mengaji selalu supaya dihindarkan dari gangguan syaitan laknatullah....Semoga saya dan kembar terus kuat untuk hadapi dugaan ini..Insyallah..